Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam proses mendapatkan maklumat:
Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah kaedah rujukan.Saya telah mengumpulkan maklumat tentang bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang dengan mencari buku ilmiah dan majalah-majalah. Saya menggunakan kaedah ini sepanjang kajian dijalankan untuk memahami latar belakang sesuatu perkembangan peristiwa dengan mendalam.
Selain itu, kaedah melayari laman web juga saya gunakan.Saya dapat mengumpul maklumat yang membantu saya memahami lebih jelas tentang bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang dengan cepat dan mudah.
Tambahan pula, saya telah menggunakan kaedah kepustakaan. Melalui kaedah ini, saya telah membuat rujukan mengenai bangunan bagi mendapatkan maklumat tambahan.
Melalui kaedah-kaedah di atas, saya dapat mengumpulkan maklumat-maklumat yang dikehendaki untuk menyiapkan satu laporan lengkap mengenai bangunan bersejarah.
没有评论:
发表评论